KBS


PANDUAN PELAKSANAAN KEM BESTARI SOLAT

1. PENDAHULUAN
Kursus pendedahan ini bertujuan memberi penjelasan mengenai Kem Bestari Solat dan cara pelaksanaannya.


2. TAKRIF

Kem Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah di luar waktu persekolahan.


3. KUMPULAN SASARAN

Semua murid beragama Islam Tahun Satu dan Dua.


4. STRATEGI PELAKSANAAN
 Pihak Pengurusan Sekolah bermesyuarat bagi memutuskan perkara berikut :
  1. Membentuk Jawatankuasa Pelaksana peringkat sekolah.
  2. Menetapkan tempat dan masa untuk mengadakan Kem  Bestari Solat.
  3. Menyelaras jadual aktiviti Kem Bestari Solat.
  4. Menentukan guru yang akan berperanan sebagai pembimbing / fasilitator.
  5. Mengagihkan kumpulan murid yang akan mengikuti Kem Bestari Solat.
  6. Memberi taklimat kepada guru pembimbing / fasilitator.
  7. Aktiviti ini hendaklah dilaksanakan dalam bentuk latih tubi (LDK) di luar waktu P&P sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
  8. Kem ini hendaklah dilaksanakan empat kali setahun bagi setiap murid. Setiap kem mengandungi enam LDK dengan jumlah masa selama sepuluh jam
  9. Bilangan murid bagi setiap kumpulan dalam LDK adalah berdasarkan kesesuaian sesebuah sekolah.
  10. Soal selidik pra dan pasca Kem perlu dilaksanakan. 
  11. Melaksanakan pengisian aktiviti kem.
  12. Membuat penilaian dan merekodkan pencapaian murid setiap kali aktiviti dilaksanakan.Individu Kumpulan.
  13. Murid-murid yang dikenalpasti belum menguasai kemahiran hendaklah diambil tindakan susulan.
  14. Merekodkan pencapaian murid dan melaporkan kepada penyelaras kem, ibu bapa, penjaga, Ketua Panitia, Guru Besar, PPD/PPG dan JPN.
  15. Pengisian Borang Catatan PelaksanaanSolat.
  16. Borang Catatan Pelaksanaan Solat diedarkan kepada murid untuk dicatat amalan solat harian selama 30 hari selepas setiap kem dijalankan. Ibu bapa/penjaga mengesahkan catatan murid di ruangan yang disediakan.
  17. Borang yang telah lengkap dikembalikan kepada pihak sekolah untuk dianalisa.
  18. Pihak sekolah menyediakan laporan untuk setiap kem yang dilaksanakan.
  19. Kem Bestari Solat yang seterusnya akan mengambil kira kekuatan dan kelemahan murid berdasarkan penilaian kem yang terdahulu. 


5.FASILITATOR
  1. Guru j-QAF
  2. Guru Pendidikan Islam
  3. Guru KAFA
  4. Guru-guru lain yang berkebolehan
  5. Ibu bapa/penjaga yang berkebolehan


6. PERATURAN PELAKSANAAN

- Peruntukan masa 10 jam
- Sepenuh hari, atau
- Separuh hari, atau mengikut kesesuaian pihak sekolah


Semua murid Islam yang terlibat dengan Program j-QAF diwajibkan hadir ke semua kem yang dilaksanakan


7. ELEMEN SOLAT DALAM WAKTU ULUM SYARIAH

Elemen Bestari Solat dimasukkan dalam pengajaran Ulum Syariah bertujuan untuk mengukuhkan kefahaman dan amalan solat dalam kehidupan murid. Pihak JAPIM menyediakan garis panduan untuk guru melaksanakan pengajaran solat dalam waktu Ulum Syariah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...