Friday 3 February 2012

KISAH KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W

KETIKA umat manusia diselubungi ambang kegelapan dan kehilangan pegangan hidup, dunia menerima kelahiran seorang putera daripada sebuah keluarga yang sederhana di Kota Mekah. Bayi inilah yang bakal membawa perubahan besar dalam sejarah peradaban dunia.

Walaupun kelahirannya sebagai seorang anak yatim yang kehilangan ayah (Abdullah) tiga bulan sebelum lahir, ia disambut mesra oleh datuknya Abdul Mutalib.

Bayi tersebut di bawa ke kaki Kaabah dan di perkarangan suci tersebut ia diberikan nama Muhammad. Satu panggilan yang belum pernah wujud sebelumnya.



Kelahiran Muhammad pada waktu subuh, hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun gajah bersamaan 20 April 571M.





Pada saat itu kota Mekah diserang oleh satu pasukan tentera kaum Nasrani yang begitu kuat di bawah pimpinan Abrahah.

Tujuan meraka adalah untuk menghancurkan Kaabah, Kenderaan utama Abrahah adalah gajah. Sebelum segala hasrat dan keinginan mereka tercapai, Allah s.w.t terlebih dahulu menghancurkan golongan tersebut dengan menghantar burung Ababil.



Nabi Muhammad s.a.w merupakan putera kepada Abdullah Bin Abdul Muthalib. Ibu beliau bernama Aminah Binti Wahab yang berasal daripada kalangan suku kaum Quraisy yang dipandang mulia ketika itu.

Abdullah (ayah nabi) telah meninggal dunia ketika nabi Muhammad masih berada di dalam kandungan ibunya. baginda tidak mengetahui keadaan ayahnya.

Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Mekah, mencari ibu susu daripada keturunan yang mulia setelah menerima sesuatu kelahiran dengan harapan agar ianya mempengaruhi bayi tersebut.

Pada saat itu, Thuaibatul Aslamiah merupakan ibu susuan nabi Muhammad yang pertama. Kemudian Halimatun Saadiah hadir kepangkuan ibu nabi Muhammad, Aminah. Beliau menawar diri sebagai ibu susu nabi Muhammad. Hasil persetujuan seluruh ahli keluarga, nabi Muhammad di bawa bersama Halimatun Saadiah sebagai ibu susu selama 4 tahun.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...